Senin, 04 Februari 2013

JINAYAT

PEMBAGIAN QAZF

Qadzf’ terbagi kepada dua jenis:
1. ‘Qadzf’ yang pelakunya dikenai hukum ‘Hadd’ (hukuman yang telah ditetapkan ukurannya berdasarkan al-Qur’an atau hadits)
2,‘Qadzf’ yang pelakunya dikenai sanksi ‘Ta’zir’.hukuman yang dijatuhkanberdasarkan kebijakan penguasa pemerintahan Islam).
Bentuk ‘Qadzf’ yang pelakunya (Qadzif) dikenai hukuman ‘Hadd’ adalah menuduh seorang Muhshon (yang sudah menikah) melakukan zina,menafikan nasabnya atau menuduhnya melakukan liwath.Sedangkan bentuk ‘Qadzf’ yang pelakunya dikenai sanksi ‘Ta’zir’ adalah menuduh secara tidak terang-terangan terkait dengan hal-hal di atas atau menuduh dengan selainitu.
C.Rukun-rukun Kesalahan Qazf
Sebagaimana yang telah disebutkan di atas bahawa qazf ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik-baik dan suci atau menafikan dia daripada keturunannya. Maka dengan pergertian itu bolelah dirumuskan bahawa rukun-rukun bagi kesalahan qazf sehingga persalahnya dikenakan hukuman had itu ada tiga :
1.Menuduh zina atau menafikan keturunan.
2. Syarat-syarat yang membuat tuduhan dan yang dilemparkan tuduhan.
3. Adanya qasad (niat sengaja)
Rukun Pertama
Melemparkan tuduhan zina atau menafikan keturunan. Apabila seorang itu menuduh seorang lain berbuat zina sedangkan yang menuduh itu tidak dapat membuktikan tuduhannya maka orang yang meuduh itu boleh dikenakan hukuman had qazf. Melemparkan tuduhan zina itu terkadang-kadang menafikan nasab sekali dan terkadang-kadang tidak. Misalnya seorang itu dipanggil “wahai anak zina” dengan panggilan itu bererti dia telah dinafikan nasabnya dan ibunya telah dilemparkan tuduhan zina. Tetapi kalau seorang itu dipanggil “wahai orang yang berzina” bermakna orang itu hanya dilemparkan tuduhan zina.
Adapun jika tuduhan itu bukan tuduhan zina dan menafikan keturunan maka tidak dikenakan had seperti melemparkan tuduhan kepada seorang melakukan kekufuran, makan rasuah, pengkianat, minum arak dan sebagainya maka yang membuat tuduhan tak berasas itu boleh dikenakan hukuman takzir. Begitu juga kalau tuduhan berbuat zina dan menafikan nasab itu tidak mencukupi syarat-syarat had maka dikenakan hukuman takzir. Maka kalau melemparkan tuduhan tidak berasas dengan tuduhan liwat, menurut jumhur ulama adalah sama seperti melemparkan tuduhan zina kerana mereka menganggap liwat itu seperti zina dan yang melakukan liwat adalah berzina sama ada yang melakukan atau yang dilakukan liwat itu lelaki atau perempuan. Imam Abu Hanifah mempunyai pandangan yang berbeda yaitu orang yang melemparkan tuduhan yang tidak berasas dengan tuduhan liwat itu tidak dikenakan hukuman had bahkan dikenakan hukuman takzir kerana beliau menerima perbuatan liwat itu sebagai zina.
Jikalau seseorang itu menuduh dengan suatu yang tidak maksiat umpamanya seorang itu dikatakan sebagai gila, mandul, pekak, mati pucuk dan sebagainya maka yang menuduh itu boleh dihukum dengan takzir walaupun tuduhan yang dilemparkan itu memang betul dan tepat. Ini ialah kerana tuduhan-tuduhan itu dilemparkan semata-mata untuk menyakitkan hati dan menjatuhkan martabat yang di tuduh.
Rukun Kedua
Orang yang melemparkan tuduhan dan orang yang dilemparkan tuduhan zina ke atasnya : Ada beberapa syarat yang tertentu yang mesti dipatuhi sebelum hukuman had qazf itu dilaksanakan kepada pesalah-pesalahnya.Syarat-syarat itu ada yang mengenai orang yang menuduh dan setengahnya berhubung dengan orang yang dilemparkan tuduhan .
Syarat-syarat orang yang melemparkan tuduhan tak berasas :
1,2,3 – Baligh berakal dan dengan kerelaan sendiri. Ini bererti sekiranya orang yang membuat tuduhan itu kanak-kanak yang belum baligh atau orang yang gila atau pun dipaksa maka tidak wajib had ke atas mereka.
Rukun yang ketiga
Sengaja atau qasad melakukan jenayah : Yang dimaksudkan dengan sengaja ialah umpamanya seorang yang membuat tuduhan tak berasas tentang zina atau menafikan nasabnya itu dalam keadaan dia mengetahui tuduhan yang dilemparkan itu adalah tidak betul dan yang dikatakan dia mengetahui tuduhan itu tidak betul ialah kerana dia tidak dapat membuktikan yang tuduhannya itu betul oleh sebab dakwaan seseorang yang mengatakan bahawa tuduhan zina yang dilemparkan itu benar, tidak boleh diterima terus, kerana sebelum seorang itu membuat tuduhan maka diwajibkan ke atasnya menyediakan bukti yang menyokong tuduhannya.
Selain daripada syarat-syarat di atas ada dua syarat bagi membolehkan hukuman had itu dijalankan kepada qazif.
D.Bukti-Bukti Yang Membenarkan Kesalahan Qazf
Kesalahan qazf dapat dibenarkan sama ada dengan kesaksian pengakuan dan sumpah.
1. Kesaksian (Syahadah) : Untuk membuktikan kesalahan qazf kepada qazif (orang yang membuat tuduhan palsu zina) ialah dengan disaksikan oleh saksi yang mempunyai syarat seperti dalam saksi-saksi zina iaitu saksi mestilah seorang Islam, baligh, berakal, adil, dapat bertutur, dapat mengingatkan dan tidak ada hubungan keluarga. Begitulah juga saksi-saksi mesti terdiri orang lelaki walaupun setengah ulama mengatakan saksi itu terdiri dari seorang lelaki dan dua orang perempuan adalah memadai.
Bilangan saksi itu sebanyak dua orang lelaki adalah mencukupi untuk membenarkan kesalahan qazf kepada qazif. Akan tetapi untuk menafikan tuduhan qazf maka orang yang didakwa membuat tuduhan palsu zina itu hendaklah mematuhi salah satu daripada berikut :
i. Menafikan dakwaan kesalahan qazf dengan membawa saksi-saksi seberapa banyak sesuai ketentuan yakni 4 orang.
ii. Menegaskan bahwa orang yang dilemparkan tuduhan yang tidak berasas itu mengakui kebenaran tuduhannya, untuk membela dirinya ini memadai dengan membawa dua saksi lelaki atau seorang lelaki dan seorang peremuan.
iii. mengaku membuat kesalahan qazf dan dalam keadaan ini dia mesti membuktikan kebenaran tuduhan zina yang dilemparkan kepada seorang yaitu dengan membawa saksi sebanyak empat orang yang benar-benar menyaksikan orang yang dilemparkan tuduhan zina itu memang melakukan zina.
2. Pengakuan atau ikrar : Pembenaran  kesalahan qazf dengan adanya pengakuan sendiri  orang yang membuat tuduhan tak berasas kepada seorang berbuat zina, dengan sekali pengakuan dalam majlis kehakiman sudah memadai. Jika pengakuan membuat tuduhan itu tidak di majlis qada’ maka menurut Abu Hanifah harus disaksikan pengakuan itu.
3. Dengan sumpah : Mengikuti Imam Syafie kesalahan qazf boleh dibenarkan melalui sumpah, jika pihak yang dilemparkan tuduhan itu tidak mempunyai bukti lain maka dia meminta tolong orang yang melemparkan tuduhan itu bersumpah bahawa dia tidak membuat tuduhan kalau dia tidak mau bersumpah begitu maka benarlah kesalahan qazf . Begitu juga Imam Syafie berpendapat bahawa seandainya orang yang melemparkan tuduhan itu tidak mempunyai keterangan yang mengesahkan tuduhannya maka dia boleh meminta kepada yang dilemparkan tuduhan bersumpah bahawa dia bersih daripada zina. Jika dia tidak mahu bersumpah maka tuduhan zina yang dibuatnya dianggap betul jadi yang membuat tuduhan itu terlepas daripada hukumanhad.
Berbeda dengan  Imam Malik dan Ahmad berpendapat kesalahan qazf tidak boleh disbenarkan dengan bersumpah. Begitupun orang yang membuat tuduhan atau orang yang dilemparkan tuduhan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar